SELAMATKAN 4 LAKI-LAKIMU
Inspiring Story by Ourdirectory
(#LetsTalkAboutHijab).
Di akhirat nanti ada 4
golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu
adalah mereka yangg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka ialah:
1.
Ayahnya
Apabila seseorang yang
bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak
cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.Wahai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan
anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya sholat & saum? menutup
aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah
untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.
2.
Suaminya
Apabila sang suami tidak
mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di kantor, memperhiaskan
diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
Apabila suami diam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah
telat, saumnya tidak ketinggalan, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dalam neraka. Wahai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika
tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang
kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.
3.
Saudara Laki-lakinya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah/harga diri wanita jatuh ke bahu abang- abangnya
dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan
adiknya dibiar melenceng dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak. Wahai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga
amalmu, dan jangan dikira kau terlepas… kau juga akan mempertanggungjawabkan di
akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelimang dengan maksiat dan tidak
menutup aurat.
4.
Anak laki-laki mereka
Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya maka
anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak dan nantikan
tarikan dari ibunya ke neraka. Wahai anak-anak lelaki sayangilah ibumu,
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa. Tak
terlepas dari melakukan dosa, selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka.
Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi temannya di neraka. Lihatlah betapa
hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat. Maka, kaum lelaki yang bergelar AYAH/SUAMI/ABANG atau ANAK
LAKI-LAKI harus memperhatikan keseharian mereka
Dikutip dari :
https://ourdirectory.wordpress.com/2013/06/17/4-golongan-lelaki-yang-akan-diseret-ke-neraka-oleh-wanita/

Tidak ada komentar:
Posting Komentar