WANITA ITU KUAT !
Inspiring writing from akuislam.com
Wanita,
janganlah mudah meminta untuk dikasihani.
Wanita
yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama. Dan
dalam menjalankan apa sahaja aktivitasnya, wanita hendaklah dengan logik daripada
perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan
perasaan dibandingkan logik akal.
Sebenarnya, kita perlu berfikir tentang baik buruknya suatu
perkara yang sedang dan akan berlangsung di hidup kita. Bila
dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara ini tidak
selalunya benar.
Meskipun
kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang membuat kita down, namun jika kita
berfikir dengan jauh, sebenarnya hidup
ini terlalu singkat untuk dibuat rumit.
Ada
perkara dimana, kita harus berehat sejenak.
Menghirup
udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan
membuat beban kita seolah – olah terlepas. Ada
saja yang membuat perasaan kita gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya. Lebih
– lebih lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan. Banyak orang yang
memutuskan untuk “menghilang sejenak”.
Wanita
memang memerlukan waktu-waktu tertentu untuk kita berehat sejenak. Menghindari
dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan. Saya
hanya ingin menjalani sesuatu sesederhana mungkin dan tidak ingin dibuai dengan
perasaan, kerana saya merasa bahawa kaum wanita kadangkala menjadi mangsa
buaian perasaannya. Bukan
tidak boleh untuk berangan, tetapi janganlah berlebihan. Kerana
sesuatu yang dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul kan?
Kita
harus memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang baik untuk
kehidupan kita.
Kalau
sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit
hati yang ada pada diri. Padahal
banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat
penghargaan dari orang lain. Percayalah
bahawa keletihan, kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat
kita lalui semuanya. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih
dahulu dengan beruraian air mata. Tak
mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkap perasaan? Kerana
tidak hanya bahagia saja yang ada di dunia.
“Engkau tidak akan bahagia dengan hanya
berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada
dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh ‘Aidh Al-Qarni]
“Kadangkala, bukan suasana yang harus
diganti… Tetapi rasa di dalam hati yang perlu kita perbaiki“.
[Tarbawi, 6 Mei 2010]
Kita
perlu bijak mengawal perasaan kita, berfikiran logik, dan tidak gelabah dalam
bertindak. Apabila
kita merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit
kembali dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.
sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/jangan-dibuai-oleh-perasaan/



