Location : University of Riau
Up
to Down : Armalaa's Collection
Taken
by : Susilowati
Camera
: VIVO Y15
Creative
: ETIKA & ESTETIKA photo Concept
Ideas : Be cheers with peach
|
4 AMALAN UTAMA
Inspiring Article from Facebook Indahnya Ayat-ayat Al-Quran
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah SAW pernah
bersabda, “Perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari
api neraka”, mereka berkata, “Bahkan tuan sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad
SAW bersabda, “Bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan
rahmatNya. Oleh kerana itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus
mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan petang
hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil
pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) kerana dengan cara itulah kamu
akan mencapai (syurga)”. Berdasarkan hadis tersebut jelaslah kepada kita bahawa perbuatan
yang akan menyelamatkan kita daripada seksaan api neraka adalah :
Pertama : Perbuatan sebaik mungkin
Kedua : Perbutan setulus mungkin (bersungguh-sungguh ikhlas)
Ketiga : Perbuatan sedapat mungkin (bersungguh-sungguh hingga semaksima mungkin)
Keempat : Beribadah dengan cara sederhana dan istiqamah (berterusan).
Kedua : Perbutan setulus mungkin (bersungguh-sungguh ikhlas)
Ketiga : Perbuatan sedapat mungkin (bersungguh-sungguh hingga semaksima mungkin)
Keempat : Beribadah dengan cara sederhana dan istiqamah (berterusan).
1. Perbuatan sebaik mungkin (peringkat ihsan)
Allah SWT berfirman bermaksud: “Berbuat baiklah (kepada hamba
Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya
yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)
Ihsan adalah tonggak yang menegakkan kerangka agama seiring iman
dan Islam. Namun, umat Islam kini memandang remeh konsep ihsan ini sehingga
tidak mengambil endah kepentingannya dalam kehidupan seharian.
Ihsan bererti berbuat baik dan didefinisikan sebagai ajaran atau
konsep mendukung etika kerja yang baik. Berdasarkan perspektif ini, ihsan dapat
difahami sebagai produktiviti kerja secara optimum dengan hasil sumbangan
terbaik dan berkualiti tinggi. Konsep ihsan menjurus kepada dua matlamat
utama. Pertama, ihsan dalam ibadat dan kedua, ihsan dalam muamalat.
Ihsan dalam ibadat ialah beribadat kepada Allah dengan penuh
khusyuk dan tawaduk di samping ikhlas seolah-olah ketika itu sedang berhadapan
dengan Allah SWT.
Jika perasaan itu ada, sudah tentu manusia gerun untuk melanggar
larangan Allah SWT. Menurut Ibnu Hajar, sekiranya manusia tidak dapat melihat Allah,
maka hendaklah dia meyakini Allah melihat dan mengawasinya. Justeru, setiap
muslim hendaklah menyempurnakan ibadat dengan sebaiknya bertepatan landasan digariskan
Allah dan sunnah Rasulullah SAW.
Perlu diingat konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik
dengan Allah SWT dalam urusan ibadat semata-mata kerana ihsan turut merangkumi
setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun
ukhrawi. Ihsan dalam muamalat adalah bersifat ihsan sesama manusia dan juga
sesama makhluk Allah SWT yang lain.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Wahai Aisyah! Kamu hendaklah
menaruh kasihan belas (berihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke dalam
sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada
sesuatu, maka ia akan rosak.” (Hadis Riwayat Muslim)
2. Perbutan setulus mungkin (bersungguh-sungguh ikhlas kerana
Allah SWT)
Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada secara khusus atau
umum semata-mata memburu keredhaa Allah. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan
rasa keikhlasan tidak akan melakukan sesuatu mengharapkan pembalasan. Pepatah
ada mengatakan, "Ada ubi ada batas aku beri jangan lupa di balas".
Seseorang yang ikhlas juga tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada
manusia,jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.
Ikhlas selalunya lahir dari hati yang luhur dan mengharapkan reda
Allah SWT. semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan
segala amal. Allah SWT. akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan
ikhlas. Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kami
menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran, oleh
itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat
kepadaNya."
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya nilai
perbuatan itu bergantung dengan niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang,
buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya.barang siapa hijrahnya kerana
menuruti perintah Allah dan RasulNya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan
RasulNya (dan diberi pahala) dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia
yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya
sampai
kepada yang diniatnya itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
3. Perbuatan sedapat mungkin (bersungguh-sungguh hingga
semaksima mungkin)
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah SWT menyukai
apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun." (Hadis Riwayat Abu Daud). Menurut hadis ini, apabila seseorang muslim suka membuat sesuatu
pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia
termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah SWT. Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah SWT sukakan muslim
yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. salah
satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh
tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.
Hal ini disokong oleh sebuah hadis lain; “Sesungguhnya Allah itu
cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.” Barangkali sebab itu juga Allah SWT benci manusia yang ‘mencacatkan’
kesempurnaan . ciptaanNya. Jika sesuatu perbuatan dibuat sambil lewa maka tidak
bersungguh-sungguh maka perbuatan tersebut pasti rendah kualitinya dan
pelakunya akan mengalami kegagalan.
4. Beribadah dengan cara sederhana dan istiqamah (berterusan)
diwaktu pagi, petang dan sebahagian malam.
Islam tidak suka umatnya melakukan sesuatu ibadah yang banyak
tetapi berhenti ditengah jalan dan tidak mampu dilakukan secara berterusan dan
istiqamah. Sesuatu ibadah itu lebih baik dikerjakan sederhana tetapi berterusan
dan istiqamah.
Islam menuntut setiap insan supaya berusaha mengejar dan mencari
sedapat mungkin keperluan bagi menyempurnakan sebuah kehidupan sama ada di
dunia mahupun di akhirat nanti. Cara paling sesuai dianjurkan Islam ialah dengan
bersederhana. Ibadah yang dilakukan sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik
daripada ibadah yang banyak tetapi berhenti ditengah jalan.
Diriwayatkan dari Aisyah ra : "Seseorang bertanya kepada Nabi
Muhammad SAW, “Apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad
SAW bersabda,” Amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun
sedikit”(Hadis Riwayat Bukhari). Pada masa sama, perlu ada keseimbangan supaya kedua-dua tuntutan
dunia dan akhirat dapat disempurnakan sebaiknya seperti sabda Rasulullah SAW
bermaksud: “Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati
besok pagi.” (Hadis riwayat Ibn Asakir)
Istiqamah bermaksud kita menempuh jalan (agama) yang lurus (benar)
dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan. Istiqamah ini mencakupi
pelaksanaan semua bentuk ketaatan kepada Allah samaada zahir dan batin
dan meninggalkan semua bentuk larangan-Nya. Apabila hati telah istiqamah
dalam makrifat kepada Allah, dalam takut pada-Nya, pengagungankan-Nya, malu
pada-Nya, cinta pada-Nya, berhajat pada-Nya, keinginan pada-Nya, harapan
pada-Nya dan berdoa dan bermunajat pada-Nya, tawakkal pada-Nya dan berpaling
dari selain-Nya maka organ tubuh lainnya akan istiqamah. Kerana sesungguhnya
hati adalah komanden seluruh organ tubuh dan yang lain adalah prajurit.
Jika kita ingin anggota tubuh badan kita istiqamah maka
istiqamahkanlah hati kita dengan Iman. Dan iman ini tidak akan berlaku
istiqamah, kecuali lisan kita telah istiqamah terlebih dahulu,
sebagaimana yang pernah Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya
:"Tidaklah iman seorang hamba itu lurus (istiqamah) hingga hatinya
istiqamah, dan hatinya tidak akan istiqamah kecuali lisannya telah istiqamah."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar